Saturday 27 July 2013

Hidup ni biar ade rasa hormat dikk.....

Assalamualaikum...

Hai haaiii.. Tetibe rase nak bebel pasal budak zaman sekarang yang kwanjaqq dan kasar. Aku paling tak suke budak perempuan acah manja pastu kurang ajar. Padahal dah boleh fikir mane baik mane buruk. Seingat aku zaman aku paling kurang ajar and tak reti hormat orang lagsung ialah mase aku umur 5 tahun.
Ya Allah, kalau aku jumpe diri aku mase tu ade kena makan tangan rasanye diri aku yang budak2 gila tu. 
"Alaaaaa dia budak budak...Takpe.."



Ni lah dia masyarakat kite. Siket-siket tak ape die kecik lagi, die budak, die tak tahu ape-ape lagi...
Kalau dari budak tak diajar....pastu jumpe pulak dengan manusia hati kering cam aku (kadang2 la kering) memang mendapat la jawapnye.
Sarang tebuan jangan dijolok dik. Kahkah aku bukan ape, sebagai seorang wanita yang perbah melalui zaman kau dik, akak rase akak taklah teruk cam kau layan orang lagi besar. Walaupun kau dah kenal lame... Sebab ape? Dari kecik lagi mak abah dah ajar... Ya Allah Alhamdulillah :'D

"Jangan guna kau aku, tak baik...." (padahal sebab dengarnye kasar je pun..)
Sampai sekarang guna saya awak okay. Dengan same pompuan la. Laki terus kau aku. Ini langkah berhati-hati ye kawan-kawan. Lima orang wanita je aku guna kau-aku sebab kitorang pernah jadi kawan baik gilos dan salah seorang nak ala2 budak high school ah konon kau-aku. Ceyt.

You're growing up to be rude. Pity you.

 Berbalik kepada budak2 perempuan yang perangainya kurang menyenangkan itu....
Hm disebabkan dia layan aku macam kawan2 dia walhal umur dia macam adik aku yang last...
Aku pun layan la die cam orang besar. Well, aku tak cukup kasar nak bandingkan ngan dia. But whatever. Dia boleh cakap
"Akak ni serabut ah."
"Lak,sape tanye akak,sebok je."
Seriously? Dangggg cam nak menyumpah je time tu....
Mungkin ah orang kate "Lak dira, budak je pun cakap gitu kat kau takkan nak kecoh gak?"
DO I LOOK LIKE I CARE?
Masalahnye sekarang aku ada 2 adik lelaki dan mereka pun tak kasar begitu. Kalau ade pun sebut gitu cam tengah gelak2 and aku tahu diorang bergurau.
Ni dengan muka cam nak mintak kaki, haaahhhh memang takla doe gua nak bagi muka.
"Tak,sekarang sape yang serabut? Awak ah serabut." *pandang lain malas layan dah*

Pernah  dia dengan berkasut sentuh2 kaki aku kat paha dengan kasut dia. Aku cam... "What the... -.-"
Oh tak sengaja kot. Masuk kali ketiga... Gua buat silent treatment. Alih kerusi duduk jauh tak pandang muka die. Sebelum tu haruslah buat muka gua bila annoying tu.
Kali ni sumpah teringat time zaman 5tahun aku jeling2 orang. Kwang aja gila kot. Nah makan kau.


Malu weh malu kalau aku ada adik perempuan and perangai macam laki. Adik laki aku punnn tak macam tu weh. Serabutnye lahaaai kau ni dik, kemain lagi cakap aku serabut kan. Pastu part dia buat manja gedik tu perghhh lagi menyirap. Takyah nak manja sangat eh kalau perangai macam pffftttt.
Kadang2 aku pasang satu teori sendiri. Aku rasa dia suka kawan aku yang rapat ngan aku. Tapi kawan aku layan dia kasar. Dan layan aku baik2. Pastu die tak puas hati. So tiap kali je mesti die saje cari pasal ngn aku. 

Hah, nak orang suka kau perangai biar molek siket okay?

Saya sebagai satu-satunya 'puteri' dalam keluarga ni diapit dua lelaki pun tak seganas tu. Terima Kasih Mak Abah mendidik kami dengan sopan santun dan hormat orang tua :')
Adios :)

Thursday 25 July 2013

Budak Switzerland dan Jejaka Germany.

Assalamualaikumm :D

Hai hai. Selama aku keje kat office di daerah Mersing ni ramai dah omputih aku jumpe. Tapi English tak terer2 pun... Sebab seriously ramai dari Jerman..... And bahasa Jerman bukanlah bahasa English yang kite dok blaja tuu... Kekadang die tak paham aku cakap, aku lagi tak paham die cakap :3 Ada masalah komunikasi ya di situu. huhu :D

Harini hari yang sangat busy. Khamis kan..? Kapal kargo ke Pulau Tioman nak gerak terus dah form kastam kena disiapkan sebelum tengahari... Ah takpayah faham la. Kena tahu kerja aku kena siap sebelum pukul 12.30 tengahari je :3 Petang siket.... 


Ade family dari Switzerland datang tanye2 tempat kat Tioman and pasal ferry.....Okayyy layan la pakcik tu tanye... Tetibe anak perempuan dia datang menyendeng kat dia tenung aku. Tak senyum okay... Aku senyumla kejap pastu pandang lain. Okay die still tenung akuu... Part ni best! Aku tenung balik dia dan... senyuman berputik di mulut kecilnya. Comel.

"What's your name?"
"Linda.... :)"

I thought she was a boy..until she told me her name :D

**pause**
aku masih terkilan tak sempat cakap Babai kat dia before die pergi dengan family dia.....hmm :/
Bye, take care, see yaa Linda :)

Oh hari Ahad rasenye... Ade jejaka Jerman datang office, beli tiket ferry and tumpang kejap nak letak bag die.. Sebab nak pergi ATM and beli some stuffs....Well, tinggalkan ajelah, aku memang tak gi mane pun :3
Then he came back to take his bags.... Siap tunjuk die beli sunblock. Just in case die nak guna katenye..... Fine. Kau lagi putih dari aku T.T Pastu borak dari mana nak kemana.....

Jerman-Singapura-Mersing-KL-Thailand-Vietnam
Style gila! Dude, take me with you please? Hahaha jangan buat gila dira. Bahayaaaa..

Dah dah sebelum aku merepek lagi banyak.....
Bye dear blog :)

Wednesday 24 July 2013

Quick post!

Assalamualaikum :D

Semalam aku dok pikir2 apesal ohh aku gi stop blogging, kawan blog time tu memang dah ramai kot. Pastu aku simpan hampir semua post sebagai draft... Okayyyy....... Konon nak hide kisah lame ah tu? Blweks. Tolong ah Dira. kahkah! Tapi betul ape. Kau dalam Uitm Puncak Alam mesti ah nak start hidup baru tak gituww? Lagi ah geli oh dira -.-

And cane aku boleh lupa dulu blog aku penah kena hack dan hacker tu cam pro gila and berjaya menakutkan aku. Tahniah hacker -.- Nasib laaa Che Mad ade tolong recover blog aku. Pastu dah tak cantek blog aku! ggrrr. Dahh aku malas nak edit hias mekap balik blog. Buruk balik. Lantas aku mengambil keputusan untuk melupakan dunia blogging. Pedehal kan. Just disebabkan tade blog la En Twitter datang usha aku kenyit2 mata hmmm :/
And tetibe pulak aku sukaaa nak berblog. Motif? Aku suka hias blog and ade lagu dalam blog. Hewhewhew :D


tulisan hijau atas tempat hitam. Gila tak seram uolss? Seram mak nokk :(
Mohon kali ni jangan kacau blog gua. Mohon2 :(

 Sudah,itu sahaja sekiaaaannn mekaseeyyyy!
With love, Dira :D
Byeee!

Ini post pertama,blog gua yang ke........ketiga! :P

Assalamualaikum.........

Hai uoolls. Untuk mukadimah blog ni hanyalah sebagai testing sahaja. Cam 1 2 3 test test.. Sound check... Keyboard check...Setelah bertahun tidak berblog inilah hasilnya! Tadaaaaaaaa! Nak kemaskini blog lama emel,password sudah kulupakan. Nasib baik sempat simpan isi blog (klik link utk blog yang dah berhabuk) tu sebagai draft. Huahua terkubur sudah kisah dulu. Sini, blog ni ceghitaaa baru, Muka baru dan dieberi nafas baru, cheewah. Pelik pulak rasa bila dah lama tak berblog dan bercerita tetibe  buang tebiat nak blogging balik. But who cares. You care? Do I look like I care? :P **ayat panas line**


Itu sahaja la kali ni, Iloveyou :*
**ending bajet bejuta bace blog ni padahal tade sape bace pun**
Byeee :D